Tindakan UM Keluar Surat Tunjuk Sebab Bukti Kebebasan Akademik, Kebebasan Bersuara Mahasiswa Dikongkong Politik Kolot

KENYATAAN MEDIA

Tindakan UM Keluar Surat Tunjuk Sebab Bukti Kebebasan Akademik, Kebebasan Bersuara Mahasiswa Dikongkong Politik Kolot

Tindakan Universiti Malaya (UM) mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap sdr Fahmi Zainol, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada semalam atas “cubaan mencemarkan imej universiti” adalah satu tindakan yang amat dikesali dan wajar dikecam.

Sdr Fahmi Zainol merupakan antara penganjur program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” pada 27hb Oktober ini yang menjemput DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum KEADILAN untuk berucap di alma mater beliau sendiri sehari sebelum rayuan kes Fitnah 2 berlangsung di Mahkamah Persekutuan.

Tindakan UM ini bersifat autokratik, anti-demokratik, dan memperlekeh kebolehan serta keupayaan mahasiswa untuk berfikir dan menyatakan pendapat mengenai perkembangan senario sosio-politik tanah air terkini. Ia adalah satu langkah ke belakang buat menara gading tertua di Malaysia, berusaha mengongkong mahasiswa di bawah tempurung politik kolot, dan pasti akan mencemar nama baik UM di mata institusi-institusi pengajian tinggi yang lain di dunia.

Kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusof bahawa UM tidak akan sesekali membenarkan atau menyokong program seumpama itu membuatkan kedudukan beliau sendiri sebagai seorang akademik dan pentadbir dipandang serong. Adakah UM dan beliau khususnya diberi tekanan politik yang kuat dari luar, khususnya dari Putrajaya, untuk menghalang program tersebut dari diteruskan? Tidakkah UM perlu bebas dari campurtangan politik sebegini?

Umum juga perlu tahu: Apakah sebenarnya pendirian UM berkenaan hak asasi termasuk hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan?

UM sepatutnya meraikan program-program sebegini yang mengangkat semangat demokrasi, bukannya menyepi dan menghalang mahasiswa dari menatapi realiti sosio-politik masakini.

Fahmi Fadzil
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s