Kenyataan Media: Hentikan Sebar Maklumat Palsu, Budaya Politik Kuno

KENYATAAN MEDIA
23 Julai 2014

HENTIKAN SEBAR MAKLUMAT PALSU, BUDAYA POLITIK KUNO

Akhir-akhir ini, kita sering disajikan maklumat palsu yang disebar melalui media sosial dan aplikasi seperti Whatsapp. Ini termasuklah berita palsu yang kononnya diterbit agensi Bernama yang mengatakan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dan yang terkini beberapa tweet yang kononnya dikeluarkan oleh YB DS Anwar Ibrahim (berkaitan MH17), YB Azmin Ali (berkaitan isu Menteri Besar Selangor dan perletakan jawatan beliau), dan YB Rafizi Ramli (berkaitan MH17).

Kesemua berita dan tweet ini adalah palsu dan melanggar etika sebaran maklumat. Malah ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 469 Kanun Keseksaan yang, jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 3 tahun.

Saya menggesa semua pihak dalam politik Malaysia supaya menghentikan penggunaan taktik kotor sebegini. Ia cuma menampakkan ketandusan idea, moral dan etika, serta menampakkan kelangsungan politik kuno dan lapuk yang sepatutnya sudah lama ditamatkan.

Pada masa yang sama, pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) perlu lebih agresif dan proaktif dalam memastikan isu pemalsuan maklumat sebegini dibanteras, terutama yang melibatkan pimpinan politik.

Saya difahamkan kes tweet palsu yang dikait dengan YB N Surendran yang dilapor kepada PDRM 5 Jun 2014 lalu telah diserah kepada pihak SKMM. Namun cukup mendukacitakan kerana hingga ke hari ini SKMM masih belum menghubungi YB Surendran. SKMM perlu lebih bertanggungjawab dalam hal ini, dan tidak mendiskriminasikan kes yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya juga minta pihak PDRM & SKMM untuk memberikan maklumbalas terkini mengenai insiden penggodaman telefon pimpinan Pakatan Rakyat yang sering berlaku, akhir sekali sewaktu kempen PRK DUN Kajang bulan Mac lalu.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

20140723-113044-41444855.jpg

20140723-113044-41444951.jpg

20140723-113045-41445028.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s