Kenyataan Ahmad Zahid bagai usaha menggagalkan rekonsiliasi

KENYATAAN MEDIA
7 Disember 2013

KENYATAAN AHMAD ZAHID BAGAI USAHA MENGGAGALKAN REKONSILIASI

Tatkala Perdana Menteri dan Presiden UMNO DS Najib Razak cuba menghulurkan tangan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional untuk rekonsiliasi, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi pula bagai menghulurkan penumbuk kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Kenyataan Ahmad Zahid di Perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini yang mengarahkan DS Jamil Khir dan JAKIM mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu, yang dituduh mengamal ajaran Syiah bagai menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan bebas dan adil dahulu. Kenyataan Ahmad Zahid amat tidak produktif, berbahaya, dan bagai cuba menggagalkan rekonsiliasi yang diusahakan DS Najib.

Ahmad Zahid perlu menarik balik kenyataan beliau ini.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s