Dakwaan Intipan: Putrajaya Mesti Bertindak Tegas

KENYATAAN MEDIA
25 November 2013

DAKWAAN INTIPAN: PUTRAJAYA MESTI BERTINDAK TEGAS

KEADILAN memandang amat serius laporan berita yang mengatakan agensi risikan Singapura terlibat dalam aktiviti mengintip telekomunikasi dan trafik internet termasuk dari Malaysia, melalui tap terhadap kabel SEA-ME-WE-3.

Putrajaya wajib memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk memberikan penjelasan adakah benar risikan Singapura telah melakukan aktiviti intipan sebegini sejak tahun 1970an lagi.Putrajaya juga wajib menghantar surat bantahan kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura atas aktiviti intipan sebegini, yang dilapor dilakukan dengan kerjasama Singapore Telecommunications Limited (SingTel).

Pada masa yang sama, Putrajaya wajib meminta penjelasan dari Singapura adakah mana-mana pimpinan tertinggi negara, termasuklah dari pihak Kerajaan dan Pembangkang, diintip komunikasi mereka, seperti dakwaan yang timbul dalam laporan yang mengatakan Canselor German, Angela Merkel, telah diintip sejak 2002.

KEADILAN memandang serius isu intipan, lebih-lebih lagi oleh sebuah negara jiran yang mana beberapa projek mega termasuklah High Speed Rail sedang dibincangkan. Jika isu ini tidak ditangani dengan pantas dan tegas, ia mungkin akan menjejaskan hubungan antara negara.

FAHMI FADZIL
Pengarah Komunikasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s