“Bebanan Rakyat 1Malaysia”

Sebenarnya amat menarik membaca tentang usaha DS Najib Razak, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan, untuk memburukkan imej lawannya, iaitu DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Walaupun sewaktu Pemilihan UMNO sedang berjalan, serangan politik antara dua individu paling berkuasa di persada politik tanah air seakan berhenti seketika, namun kini DS Najib sendiri yang memimpin serangan. Skrip serangan diulangi pahlawan-pahlawan “lapok” seperti MCA dan Gerakan, yang masing-masing cuba untuk menyalahkan DS Anwar atas kekalahan parti mereka sewaktu PRU13 yang lalu – walhal umum sedia maklum krisis imej dan isu dalaman parti-parti tersebut yang tidak diselesaikan mungkin punca sebenar kekalahan. Isu dasar yang dialami parti-parti tersebut, dan juga parti DS Najib sendiri, ialah keengganan melaksanakan reformasi tulen.

DS Najib perlu ingat, pentadbiran beliau berdiri di atas undi popular 47% berbanding Pakatan Rakyat yang meraih 52%. Jangan terlalu bongkak dan angkuh, kerana rakyat tahu dan sedar serangan-serangan DS Najib mutakhir ini sebenarnya cuba untuk mengalih pandangan rakyat dari isu urustadbir dan ekonomi iaitu harga barang naik. Sejak menerima mandat, pentadbiran DS Najib telah:

  • menaikkan harga petrol
  • menaikkan harga gula yang jauh lebih mahal berbanding harga gula dunia
  • bakal menaikkan harga minyak masak
  • bercadang menaikkan harga elektrik
  • bercadang menaikkan harga ASTRO
  • bercadang menyahsenaraikan (de-listing) BERNAS yang kini hampir 85% dimiliki TS Syed Mokhtar
  • bercadang menaikkan kadar cukai pintu sehingga 200% untuk warga Kuala Lumpur – yang boleh dianggap “hadiah” beliau kepada warga KL yang menambah undi dan sokongan terhadap Pakatan Rakyat
  • bercadang memperkenal GST, yang rata-rata akan membebankan hidup rakyat khususnya golongan miskin dan kelas menengah

Pada masa yang sama, masalah urustadbir yang cuba dikaburkan pentadbiran DS Najib termasuklah:

  • penggunaan jet kerajaan oleh DS Rosmah untuk terbang ke Qatar
  • isu bil elektrik yang sangat tinggi di kediaman rasmi DS Najib, hingga mencecah RM250 sejam
  • isu ketirisan hampir RM6.5 bilion seperti yang dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2012
  • isu penipuan-penipuan pilihanraya seperti yang dirakam di Tribunal Rakyat anjuran Bersih2.0
  • isu dakwaan yang dibuat bekas pegawai kanan PDRM, Datuk Mat Zain Ibrahim tentang kehadiran dua anggota CIA di Pejabat Peguam Negara
  • isu dakwaan oleh Datuk Mat Zain Ibrahim tentang kehilangan Pulau Batu Puteh dan kaitannya dengan TS Abd Gani Patail, Peguam Negara

Sebenarnya perkara-perkara yang telah saya senaraikan lahir dari kecuaian, ketirisan dan keengganan pentadbiran DS Najib untuk melaksana reformasi atau islah; ia boleh dianggap satu program terbaru pentadbiran DS Najib, iaitu program Bebanan Rakyat 1Malaysia“.

DS Najib harus berfikir secara matang dan henti memainkan skrip dengan pelakon-pelakon “lapok” ini. Sebaliknya beliau perlu duduk semeja dengan pimpinan Pakatan Rakyat untuk melaksana reformasi ikhlas dan tulen untuk menyelesaikan masalah-masalah negara yang terlalu membebankan rakyat.

One thought on ““Bebanan Rakyat 1Malaysia”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s