Bayaran Kepada McKinsey Bukti Ulung Kegagalan UMNO-BN

KENYATAAN MEDIA
26 September 2013

Bayaran Kepada McKinsey Bukti Ulung Kegagalan UMNO-BN

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, bahawa RM20 juta yang dibayar kepada firma perunding McKinsey and Co untuk menjalankan kajian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah “berpatutan kerana ia melibatkan eksesais yang besar” menjadi bukti ulung kegagalan UMNO-BN membangunkan kemahiran dan keupayaan anak watan.

Malah tindakan Muhyiddin meneruskan budaya UMNO-BN mendapatkan nasihat strategik daripada firma-firma luaran berkaitan isu yang cukup kritikal seperti pendidikan seakan-akan cemuhan atau tamparan terhadap kebolehan pegawai kerajaan untuk menggariskan dasar-dasar yang amat penting kepada masa depan negara.

Umum sedia maklum kontroversi yang pernah timbul dari hubungan UMNO-BN dan firma-firma rundingan sebelum ini, termasuklah kontroversi bayaran hampir RM77 juta kepada firma APCO yang berkait konsep 1Malaysia serta firma-firma rundingan yang berkait projek GTP, ETP dan sebagainya.

Hubungan intim pembuat dasar dan firma rundingan terutamanya firma asing seperti yang dipraktikkan UMNO-BN sejak era Dr Mahathir perlu disemak semula. Bukan sahaja rasa tidak puas hati di kalangan pegawai kerajaan terhadap “pakar-pakar dari luar” perlu diambil kira, malah proses soft colonization akibat kebergantungan tidak sihat kepada nasihat luaran perlu dihentikan. Kerajaan Pusat perlu membina keupayaan dalaman khusus dikalangan pegawai kerajaan sedia ada, dan tidak sentiasa mengutamakan “nasihat luar” seperti yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s