15 Tahun Kemudian

20130902-132913.jpg

15 tahun sudah berlalu.

15 tahun dahulu, hari ini, aku masih lagi di sekolah. Tingkatan 5. Buat aku, 2 September 1998 seperti hari-hari yang lain di kala itu, dipenuhi persiapan menempuh ujian SPM yang tidak lama lagi. Namun, hari itu terpahat peristiwa yang cukup bersejarah. Peristiwa yang menggerak jalur pensejarahan negara ke satu arah yang cukup berbeza.

Walau aku belum celik politik dan isu-isu semasa, namun di rumahku petang itu kehangatan suasana tidak dapat dinafikan. Bunyi helikopter terbang rendah cukup jelas. Ibu pulang, bergegas keluar semula. Aku tak ingat apa kata bapaku. Aku ingat, aku turut bergegas keluar mencari punca kehangatan suasana.

Rumah DSAI tidak begitu jauh dari rumahku. Aku ke sana. Banyak kereta sudah tiba. Aku tak faham kenapa orang ramai tak henti kunjung. “Siapa meninggal?” terlintas sejenak di fikiran. Aku pun beredar.

Malam itu, baru aku terima berita: Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Hari-hari selepas itu bagai angin taufan yang membawa bersamanya ribut perubahan – orde lama sedang dirombak, lanskap baru politik sedang menjelma.

Rakyat mula mengenali semula apa itu FRU, apa itu gas pemedih mata, apa itu garam, apa itu Special Branch, apa itu ISA.

Rakyat mula berjinak dengan mala fide, habeas corpus, dan sebagainya.

Rakyat mula bergerak jauh dari tanggapan hanya UMNO yang dapat menjamin masa depan negara.

Rakyat mula celik mata.

Rakyat mula kenal kata-kata: Reformasi! Suara Rakyat! Keadilan!

Selamat ulangtahun ke-15 mulanya satu perjuangan menegakkan keadilan, bukan untuk satu susuk badan, tetapi untuk semua anak watan.

One thought on “15 Tahun Kemudian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s