Pertimbang Semula Kelulusan Teater “MERDEKAnya KITA”

Tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak membenarkan pementasan teater “MERDEKAnya KITA” yang dipentas kumpulan Teater Kami tidak munasabah, bersifat retrogresif, dan amat mendukacitakan.

Permit pementasan tersebut yang tidak diluluskan atas alasan beberapa babak dalam naskhah teater tersebut kononnya “mengancam ketenteraman awam” amat tidak patut dan menonjolkan rasa fobia pihak berkuasa terhadap karya dan penggiat seni, khususnya mereka yang bukan dari golongan “arus perdana”.

Seperti yang disebut penganjur, sdr Faisal Mustaffa dari Rumah Anak Teater (RAT), beliau telah menyediakan maklumat seperti yang dikehendaki pihak Kementerian termasuklah skrip, sinopsis,dan senarai pelakon seawal beberapa bulan yang lalu. Namun tindakan pihak berkuasa dua hari lalu mendatangkan impak kewangan terhadap penganjur, disamping publisiti negatif terhadap pentadbiran Dato Seri Najib Razak.

Tindakan ini menjadi satu lagi titik hitam di dalam sejarah kekangan aktiviti seni negara, setelah karya seni Ng Sek San bertajuk “Malaysian Spring” dikeluarkan dari pameran M50 (23 Ogos 2013) dipercayai kerana ia mungkin tidak disenangi pihak Balai Seni Visual Negara, serta pengharaman penayangan filem No Fire Zone (4 Julai 2013).

Dato Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, perlu melihat insiden ini sebagai satu perkembangan yang tidak sihat terhadap persepsi negara dari sudut pandang masyarakat antarabangsa. Beliau digesa mengarahkan pihak JK-Puspal untuk mempertimbang semula kelulusan permit pementasan teater tersebut.

One thought on “Pertimbang Semula Kelulusan Teater “MERDEKAnya KITA”

  1. Pingback: TERKINI! MERdEKAnya KITA TIDAK TERKOTA DI DAMANSARA | dandyar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s