Pengumuman calon Parlimen & DUN di Selangor

Malam ini, program ceramah pengumuman calon-calon Parlimen dan DUN Selangor.

Semoga semua yang diberi amanah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Selamat berjuang!

—–

Salam hormat,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya Pusat akan menganjurkan Majlis Pengisytiharan Calon – Calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen & DUN Selangor. Majlis akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 14 April 2013 (AHAD)
Tempat : Padang Bola AU2, Hulu Kelang ( Berhampiran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang )
Masa : 9.00 malam

Tan Sri Khalid Ibrahim dan Saudara Azmin Ali akan menyampaikan ucapan selaku Menteri Besar Kerajaan Sementara dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor sebelum Amanat Khas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan penguman calon – calon yang telah dipersetujui oleh KEADILAN.

Justeru, sukacita kami menjemput para media untuk hadir membuat liputan sepanjang program.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT MOHAMED AZMIN ALI
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s