Cincin 24 Juta

Disertakan kenyataan dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang bertanya mengapa hanya selepas 2 tahun, baru kini penjelasan tentang penafian DS Rosmah mengenai cincin yang dipercayai bernilai RM24 juta dibangkitkan semula…

—–

Kenyataan Media
7 April 2013

Cincin RM24J: Mengapa Plot Hadir Selepas Hampir 2 Tahun?

Berikutan kemunculan sebuah wawancara mengenai cincin berlian RM24 juta, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menegaskan bahawa kredibililti wawancara tersebut sangsi dan mencurigakan.

Terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan ekoran ‘cubaan’ untuk menutup persepsi besar namun dilihat menimbulkan lebih banyak polemik, antaranya;

1. SAMM pada awalnya mempersoalkan mengapa nama Datin Paduka Rosmah Mansor tertera dalam borang kastam K1, menjadi satu bukti yang tidak mampu disangkal. Namun mengapa penafian pertama rosmah pada 29 Julai 2011, tidak digunakan ruang ini untuk menjelaskan perihal sebenar? Rosmah hanya nafi tanpa penjelasan.

2. Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video hanya setelah hampir dua tahun isu ‘cincin Imelda Rosmah RM24 juta’ menggemparkan negara? Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius.

3. Jika benar cincin tersebut masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran, mengapa borang kastam K1 digunakan dan mengapa tidak guna borang ATA CARNET? Borang ATA CARNET diperuntukkan untuk sebarang bentuk pameran.

4. Bila tarikh sebenar cincin tersebut keluar dari Malaysia? Apakah 20 April 2011 seperti dilaporkan? Parlimen membuat kenyataan bertulis bahawa cincin tersebut dipulangkan semula kepada syarikat ‘pemilik asal’ selepas beberapa hari di Malaysia, sedangkan bulan lalu dilaporkan di media bahawa cincin tersebut dipulangkan setahun selepas masuk ke Malaysia. Mana satu yang betul? Apakah perubahan kenyataan ini berlaku kerana borang kastam K2 yang didedahkan dulu telah dibuktikan oleh SAMM sebagai satu cubaan menipu?

5. Bagaimana besan kepada Perdana Menteri turut terlibat? Apa kena mengena besan Perdana Menteri sehingga terpalit nama Rosmah Mansor dalam dokumen rasmi melibatkan harta bernilai RM24 juta?

Dalam risalah cincin yang diterbit SAMM, terdapat juga pendedahan sekeping gambar yang menunjukkan Rosmah memakai sebuah gelang bertatah berlian. Setelah diperiksa, gelang tersebut dinamakan “Zebra Safari” berharga RM1.65 juta. Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya.

Bagi SAMM, pendedahan isu cincin RM24 juta ini menjadi satu titik tolak penting kerana selepas itu lebih banyak lagi pendedahan membongkar pekung kebobrokan negara seperti pendedahan NFC dan beberapa kes keluarga menteri dianugerah projek. Isu cincin ini menjadi pendorong untuk pegawai kerajaan tampil berani menyalurkan maklumat ketirisan wang rakyat.

Akhir sekali, SAMM tidak menolak kemungkinan pendedahan cincin RM24 juta ini sebenarnya telah menggagalkan pemilikkan cincin tersebut dan seterusnya menyelamatkan wang negara ini dari terus dibazirkan kepada pihak ‘jahat’.

che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s