Mahasiswa & Semangat Tahun Baru

Saya amat terkejut mendengar kejadian yang berlaku di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi, di mana difahamkan 17 orang Mahasiswa telah ditahan oleh anggota polis kerana enggan bersurai.

Mahasiswa yang telah berkumpul untuk menunjuk perasaan berkaitan kebebasan akademik dan kes Adam Adli telah disuruh bersurai, tetapi dalam pihak polis menjalankan tugas mereka, ‘disproportionate usage of force’ nampaknya telah diamalkan langsung mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang Mahasiswa tercedera, salah seorangnya – Safwan Anang – masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Slim River.

Apa yang sebenarnya telah berlaku harus dikaji dan disiasat oleh pihak berwajib, dan sekiranya terdapat salah laku maka mereka yang bersalah mesti dibawa ke muka pengadilan.

Saya berasa amat sedih di atas kejadian ini, yang telah meninggalkan tompok hitam ke atas rasa gembira masuknya tahun baru 2012.

Apa pun, semua pihak harus lah bersabar dan yakin bahawa keadilan akan tertegak di bumi Malaysia ini akhirnya nanti.

 

UPDATE: Saksikan detik cemas tangkapan dan pemukulan Safwan Anang di UPSI awal pagi tadi di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s