Sehari Selepas Hari Merdeka

“Sejarah itu ditulis pihak yang menang.”
– Winston Churchill (kononnya, tapi asal sebenar pepatah tidak diketahui)

31 Ogos 1957. Hari merdekanya Malaya dari penjajahan kolonialis-imperialis British. Dalam seminggu dua ini, ramai yang telah menyatakan pendapat mereka berkaitan Merdeka dan perjuangan pelbagai pihak dalam mencapai kemerdekaan Malaya. Tidak perlu tulisan blog kali ini mengungkit kembali pendapat-pendapat tersebut, kerana kesemuanya boleh ditatapi dengan bantuan Google.

Bagi saya lebih bermakna untuk kita fikirkan erti dan makna kemerdekaan dan bagaimana kita menghidupkan kemerdekaan yang telah kita kecapi (bagi Malaya, selama 54 tahun, manakala bagi Sabah dan Sarawak sejak 1963 dengan penyertaan ke dalam Malaysia). Kerana, nak mahupun tidak, selepas 31 Ogos tibalah 1 September.

Hari ini sudah 1 September. Sudahkah kita lupakan Hari Merdeka, hingga Hari Merdeka tahun hadapan mengunjung tiba? Sudahkah kita simpan semula bendera-bendera dari pagar-pagar rumah, bonet-bonet kereta, dan mana-mana lagi ia boleh dipacak – atau masihkah lambang negara kita berkibar?

Bagi saya, yang nampak dan zahir itu penting, tapi yang lebih penting ialah apa yang hidup di jiwa.

Tak guna memperagakan bendera bila erti kemerdekaan itu tidak kita serapkan ke dalam seluruh kehidupan kita sebagai warga negara Malaysia.

Tak guna menyanyikan lagu-lagu seperti “Tanggal 31” bila makna kemerdekaan itu tidak kita hidupkan di dalam sanubari dan kita amalkan sesungguhnya setiap hari.

Tak guna mengingati wajah Tunku dan laungan keramatnya bila sejarah perjuangan kemerdekaan itu sendiri tidak kita merdekakan dari pelbagai belenggu dan rumah-rumah pasong pemikiran.

Maka merdekakan lah hidup kita sebagai warga, sebagai insan, sebagai pencipta sejarah nusa dan bangsa.

Merdekakan lah jiwa kita dengan semangat perjuangan yang terus membara.

Merdekakan lah sejarah kita dari fahaman jumud dan kongkongan ketakutan, menuju masa depan yang bakal lebih merdeka.

Selamat Hari Sehari Selepas Hari Merdeka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s