Mat Sabu & “komunis”

Baru-baru ini kita baca tentang usaha pihak Utusan serta media lain milik Umno untuk memburukkan nama Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu), dengan mengatakan kononnya beliau penyokong komunis yang telah menyerang Bukit Kepong pada tahun 1950.

Ramai cybertroopers, blog-blog dan media arus perdana milik Umno yang cuba menyerang Mat Sabu atas isu ini, langsung mengatakan beliau seorang “pengganas” dan “pengkhianat”, bahawa beliau menghina pejuang negara, lupa sejarah dan macam-macam lagi.

Apakah sebenarnya isu di sini: Komunisme? Peranan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam sejarah Malaya/Malaysia? Atau adakah kerana perkara lain?

Tapi sebelum itu, sudahkah anda mendengar sendiri apa yang disebut Mat Sabu di ceramah 21/8 itu?

Setelah saya mendengar dan meneliti apa yang disebut Mat Sabu, beberapa perkara timbul dalam fikiran:

  1. 1950 Malaya belum merdeka dari British, maka polis pada waktu itu adalah mata-mata British
  2. Setiap kali Hari Merdeka menjelma, filem ‘Bukit Kepong’ akan dimainkan
  3. Filem ‘Bukit Kepong’ ini dibuat oleh (Tan Sri) Jins Shamsuddin. Nota sampingan: beliau merupakan seorang ahli Umno, dan kini seorang Senator yang dilantik Umno
  4. Mereka yang melawan British – termasuklah Mat Indera yang mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong, dan Tok Janggut – semua dianggap penderhaka

Maka saya dapati apa yang disebut Mat Sabu mengenai isu ini ialah kenyataan-kenyataan berkaitan sejarah dan pensejarahan, dan bagaimana pensejarahan Malaya/Malaysia merupakan hegemoni kerajaan Umno-Barisan Nasional. Melalui hegemoni ini, Umno-BN boleh merubah sudut pandang sejarah mengenai sesuatu isu; dalam konteks ucapan ini, Mat Sabu mengatakan Umno-BN merubah sudut pandang sejarah “serangan golongan anti-penjajah ke atas mata-mata British di Bukit Kepong” menjadi “serangan penderhaka ke atas daulah Kerajaan”.

Secara ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN ke atas sejarah negara.

Lebih ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN.

Oleh itu, segala kelengkapan psy-war milik Umno-BN telah dikerah untuk menyerang balas Mat Sabu. Mengapa? Kerana sebenarnya, Umno-BN gentar dan takut melihat Mat Sabu.

Lebih tepat lagi, Umno gentar dan takut melihat Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, kerana antara lainnya beliau ialah seorang pemimpin dan penyelaras akar umbi yang tangkas. Tambahan pula beliau telah memporak-perandakan usaha-usaha Umno untuk menzahirkan “Kerajaan Perpaduan”.

Oleh kerana Umno gentar dan takut, maka Umno serang.

Maka, isunya bukan sama ada Mat Sabu itu penyokong komunis atau tidak, tapi sebenarnya Mat Sabu itu suatu ancaman yang semakin menakutkan Umno.

Ini bukan soal ideologi. Ini soal hegemoni.

5 thoughts on “Mat Sabu & “komunis”

  1. “Maka, isunya bukan sama ada Mat Sabu itu penyokong komunis atau tidak, tapi sebenarnya Mat Sabu itu suatu ancaman yang semakin menakutkan Umno.”

    Umno sajakah yang marahkan tentang isu ini? Wahai insan yang otakmu hanya tahu berpolitik, once, just once, cuba lihat sesuatu dari sudut pandangan seorang rakyat biasa. Tanpa membiarkan fahaman politik anda mempengaruhi. Buang seketika semua itu. Jangan politikkan perjuangan mereka. Anggota polis yang kini sudah pn tua. Jangan hina perjuangan mereka sebegini. Once,just once. Lihat sesuatu tanpa melibatkan politik..

    • Persoalan ini persoalan politik, kerana Mat Sabu membangkit isu ini di pentas politik (literal), dan Umno membalas dengan menggunakan organ akhbar politiknya iaitu Utusan. Maka kita seharusnya melihat dari sudut pandang politik.

      Lain jika Utusan membangkit isu apa yang diucap Mat Sabu melalui siri debat atau rencana analisa yang membincangkan perihal pensejarahan (historiography) – tapi ia tidak berbuat sedemikian.

      Dan sebenarnya, dari sudut undang-undang, isu Parti Komunis Malaya sudah terhapus dengan termeterainya Perjanjian Damai Haadyai 1989.

  2. Siapa yg sebenarnya menjadi pengkhianat bangsa & negara selama ini? Rakyat dah lama tertipu oleh propaganda penghianat ini. Bagaimana kita boleh membuka mata rakyat yang selama percaya secara membuta-tuli dgn propaganga pengkhianat ini? Bagi saya kemerdekaan hakiki masih belum wujud di Malaysia selagi pemikiran rakyat masih dijajah oleh pengkhianat yang tamak & rakus..

  3. Mat Sabu said =
    1. Mat Indera is the group leader that attacked Bukit Kepong Police Station, he is anti-British
    2. Tok Janggut is also anti British and later hanged.
    3. Anti-British are terrorist but British officers are not.
    4. Tunku and Dato Onn are British officers.

    What he doesn’t said =
    1. Communist Party of Malaya (CPM) did attacked Bukit Kepong Police Station on 23rd Feb 1950.
    2. Mat Indera is a member of CPM
    3. CPM killed 21 armed officers and guards and 4 civilians (1 women, 3 children) and burned down the Bukit Kepong Police Station.
    4. Tok Janggut is against British but he is not a communist like Mat Indera. Antanom, Hj Abd Rahman Limbong, Dato Maharaja Lela, Tun Bahaman etc are also ANTI-BRITISH but NOT COMMUNIST.
    5. Tanah Melayu got it’s independence in 1957 after Tunku went to London.
    6. Dato Onn is the head of Malays demonstrations against Malayan Union until it was cancelled.
    7. Dato Onn quit UMNO in 1951 and formed IMP and Parti Negara.

    Alhasil mahsul nya = Mat Sabu ingat kami ni bodoh ka? Kesian PAS ada Timbalan Presiden macam ni. Pejuang Komunis pun hang angkat ka? Adoiii…

    • Also, no one has said that the Malaysian Government and the Communist Party of Malaya signed the Haadyai Peace Accord of 1989, ending hostilities between the two sides. Unfortunately, Umno-BN has done nothing to end the hate. In fact, Umno-BN has only capitalized on this hate for their own political ends.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s