Ramadhan, Rasuah & Keadilan

Baru-baru ni, sewaktu enak menjamu selera sewaktu sahur di pagi hari, ibu menceritakan kisah seorang budak yang sedang belajar di sebuah institusi pengajian tinggi tersohor di X. Ikut cerita ibu, pelajar yang berbangsa Melayu ini telah ditangkap polis dengan dua orang teman kerana mereka disyaki memegang dadah (marijuana/ganja).

Ibu bercerita yang si anak muda ini telah diminta memberi “wang pelincir” sebanyak RM10,000 agar dibebaskan – dua orang temannya telah membuat bayaran, tetapi keluarga si anak muda ini tidak mampu dan cuma dapat mengumpulkan RM5,000. Sayangnya jumlah ini tidak mencukupi. Maka si anak muda ini ditahan.

Ibu berjumpa dengan si anak muda di Penjara Kajang, di mana dia menunggu perbicaraan.

Kes ini amat menyayat hati, bukan sahaja kerana pelajar IPT berbangsa Melayu yang terperangkap dengan kes dadah (ibu berkata di Penjara Kajang, hampir 95% penghuni adalah berbangsa Melayu, ramai kerana kes dadah), tetapi juga kerana sistem keadilan yang kelihatan tempang – mengapa tiada tindakan ke atas taukeh-taukeh pengedar tetapi “ikan-ikan kecik” yang menjadi buruan? (Ibu dahulu bekerja di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri, jadi ibu cukup intim dengan fakta ini)

Dan lihat bagaimana rasuah memporak-perandakan sistem ini – RM10,000 membebaskan seseorang, dan jika wang tidak cukup maka anda terus terperangkap.

Kisah ini mengingatkan saya kepada insiden rasuah yang saya sendiri saksikan, sekitar dua tahun yang lalu (Bhg 1: Peristiwa di Balai Polis, Bhg 2: Semuanya aman di Bukit Aman, dan Bhg 3: Panggilan misteri dari polis). Sayangnya, hingga hari ini saya belum terima apa-apa makluman dari pihak berkuasa (sama ada pihak PDRM mahupun SPRM) tentang laporan yang saya buat mengenai kes meminta rasuah di kalangan polis…

Kembali kepada kes si anak muda – saya juga terfikir mungkin elok jika dia terlibat dalam satu operasi “sting” untuk menangkap anggota polis yang terlibat dalam kes rasuah. Tapi tatkala berfikir sebegitu, teringat kembali kepada pengalaman diriku sendiri, dan rasa hiba menyelubungi kalbu… aduhai, macam mana ni…

Ya Tuhanku… macam mana ni…😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s