Parlimen Malaysia (circa 1969)

Hari ni, aku sibuk mengemas bilik.

Banyak betul buku-buku yang baru aku perasan aku ambil dari koleksi ayah. Banyak yang baru sekarang aku nak baca. Salah satu ialah buku Parlimen Malaysia (Amalan & Chara) oleh Ahmad bin Abdullah (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969). Sila perhatikan rekagrafik yang mantap buku ini, bukan macam kebanyakan buku terbitan DBP hari ini… hai, ke mana perginya nilai-nilai estetika ini…?

Buku yang sangat cool, DBP sudah tak buat cover macam ni

Di penghujung 2010, aku telah menyertai politik partisan secara formal apabila mula bekerja sebagai Setiausaha Politik untuk Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Aku masih ingat, kali pertama menjejak masuk ke dalam bangunan Parlimen semasa sidang awal 2011 – sungguh megah, eksotik, dan … sejuk.

Bila dibelek buku ini, banyak sekarang yang semestinya berbeza dengan dahulu kala. Yang paling berbeza ialah Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu sendiri.

Gambar Dewan Ra’ayat (1969)

Dewan Rakyat pada era 60an cuma memuatkan 160 ahli dewan, manakala pada waktu ini ada 222… Cuba bayangkan, dalam masa 4 dekad wujudnya Malaysia, jumlah kerusi ahli Dewan Rakyat telah meningkat hampir 40% — Jumlah penduduk juga meningkat, dari 10 juta pada era 60an ke hampir 28 juta sekarang (peningkatan 180%).

Ketepikan matematik dan kira-kira, kembali ke Parlimen.

Bilik Makan Dewan Ra’ayat (1969)

Bila dilihat gambar-gambar ini, tiba-tiba terasa sentimental – macam mana Parlimen dulu nampak “cool” gila bila dibanding sekarang? Dan bila dimulakan projek pengubahsuaian Dewan Rakyat dan Dewan Negara nanti, adakah ianya akan menjadi…?

Nota: Tentang fungsi ‘Whip’ – “Perkataan ‘Whip’ ia-lah ringkasan daripada perkataan Inggeris ‘Whipper-in’ yang berma’ana orang yang mengawal anjing2 supaya jangan mengeliar dalam permainan berburu di England. Sekarang ‘Whip’ ialah gelaran yang diberikan kapada sa-saorang ahli Parlimen yang di-lantek oleh parti politik masing2 terutama-nya untok menentukan supaya ahli2 parti itu hadhir di-dalam sa-suatu persidangan Dewan Parlimen bagi menyokong usul2 atau tindakan yang di-majukan oleh Ketua2 parti mereka.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s