DBKL and other local councils must invest in more arborists, more sustainable arboreal policies

PRESS STATEMENT

DBKL and other local councils must invest in more arborists, more sustainable arboreal policies

The latest news that two policemen killed by an uprooted tree in Kg Attap is both regrettable and a cause for great concern, amidst the increase in sudden intense wind and storm activities in the Klang Valley.

This incident also calls to question whether KL City Hall (DBKL) has sufficient expertise (particularly arborists) to handle trees in the city and who are able to ensure that trees in this metropolis are not only beautiful but also grow safely.

Until May 2014, according to news reports, there are only 75 certified arborists in Malaysia; 9 are in Putrajaya, and only 4 in DBKL. (As a comparison, Singapore has 400 arborists.) This low figure is absolutely abysmal and calls to question claims of making Kuala Lumpur a “green city”.

DBKL and its “green-conscious” mayor, Datuk Seri Ahmad Phesal must not only take the kind of immediate actions to mitigate this matter as they already have, such as by identifying the three locations with trees that may be hazardous to the public, but also review current by-laws and policies to put in place a more holistic arboreal policy, and not one where trees are lobbed off and butchered with little care as we have seen all this while.

As such, I call on DBKL to immediately increase the total number of arborists in its employ. This will put in place the basic resources that will help, alongside other sustainable policies, ensure that Kuala Lumpur possesses a sustainable approach to handling trees vis-a-vis rapid development is also firmly in place.

Trees are not only our heritage, but also an important resource for the future.

Fahmi Fadzil
AMK Vice Chief
AMK Lembah Pantai Chief

20 October 2014

Umno Cheras Tidak Faham Undang-Undang

KENYATAAN MEDIA

UMNO CHERAS TIDAK FAHAM UNDANG-UNDANG

Saya rujuk kenyataan Ketua Bahagian Umno Cheras, DS Syed Ali AlHabshee semalam yang berkata kempen #RakyatHakimNegara tidak wajar diadakan kerana mempersenda badan kehakiman negara.

Kenyataan beliau itu menunjukkan beliau masih mengamalkan budaya politik kuno yang tidak mahu sesiapa mempersoal apa-apa pun, dan membayangkan beliau tidak faham perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Hak untuk berhimpun secara aman dan hak untuk bersuara atau menyatakan pandangan adalah hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah mempersoal sistem atau undang-undang adalah asas dan tunjang demokrasi yang perlu dijunjung dan dihidupkan; dari semangat mempersoal sesuatu inilah kepentingan rakyat dapat dibela dan dijamin, dan kezaliman ditentang.

Rakyat Malaysia tidak harus takut atau gentar untuk bersama-sama menyatakan pendirian mereka dan menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 28 dan 29 Oktober ini. Ayuh, Rakyat Hakim Negara!

Fahmi Fadzil
Naib Ketua AMK

16 Oktober 2014

Dua Minggu Setengah Hingga Keputusan Yang Menentu Halatuju Politik Negara

KENYATAAN MEDIA

Dua Minggu Setengah Hingga Keputusan Yang Menentu Halatuju Politik Negara

Umum sedia maklum tinggal dua minggu setengah sahaja ke tarikh perbicaraan dan kemungkinan besar keputusan penghakiman kes Fitnah 2 terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di mana akan diputuskan sama ada beliau terus bebas atau dimasukkan ke penjara.

Lebih seminggu yang lalu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) telah memulakan kempen “countdown” di media sosial rasmi AMK (Twitter: @amkmalaysia dan Facebook: amkeadilan) serta laman media sosial rasmi pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan semangat Reformasi dan perjuangan sejak lebih 15 tahun lalu yang perlu diteruskan, demi Rakyat dan masa depan negara yang lebih baik. Pengumuman mengenai kempen-kempen selanjutkan akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Dalam dua minggu setengah yang akan datang ini, tatkala Rakyat mendepani hari-hari harga minyak dan harga barang yang semakin naik tetapi gaji terus mendatar, berserta cukai GST yang bakal dimulakan April 2015, masa depan demokrasi dan halatuju politik di Malaysia akan ditentukan.

Tatkala Bajet 2015 dan pelbagai Rang Undang-Undang yang mendatangkan kesan kepada nusa dan bangsa akan dibahas di Parlimen, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum KEADILAN mungkin akan ditamatkan hayat politiknya, yang secara langsung meneruskan hegemoni kekuasaan puak pemerintah yang bagai belum terjaga dari lena yang mengakibatkan bersuaranya lebih 52% pengundi di PRU13 yang lalu.

Dalam dua minggu setengah yang akan datang ini, seluruh media dunia akan meletakkan Malaysia dan Putrajaya khususnya di bawah kaca pembesar untuk melihat sama ada demokrasi di negara ini semakin sihat atau bertambah tenat.

Oleh itu, kita perlu bersedia, berdoa, bersabar dan terus istiqamah dalam menghadapi dua minggu setengah yang paling genting dalam sejarah politik moden negara ini.

Putrajaya, sedarlah bahawa Rakyat dan Dunia sedang memerhatimu.

Fahmi Fadzil
Naib Ketua AMK

11 Oktober 2014

Hentikan “Langkah Akta Hasutan” yang Mengongkong Kebebasan Bersuara, Berfikir Golongan Akademik

KENYATAAN MEDIA

HENTIKAN “LANGKAH AKTA HASUTAN” YANG MENGONGKONG KEBEBASAN BERSUARA, BERFIKIR GOLONGAN AKADEMIK

Umum sedia maklum laporan media yang menyatakan Dr Aziz Bari, ahli akademik dan pakar perlembagaan telah dipanggil untuk diambil keterangan di Balai Polis Sabak Bernam esok berkaitan dua laporan media yang memetik komen beliau mengenai krisis Menteri Besar Selangor yang baru sahaja berlalu.

Walaupun saya tidak terkejut dengan perkembangan ini, namun ia tetap merupakan perkembangan yang tidak sihat di mana Dr Aziz Bari merupakan ahli akademik kedua disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Akta kukubesi buatan penjajah British ini makin kerap digunapakai pentadbiran Najib Razak untuk mengongkong kebebasan bersuara dan kebebasan berfikir para akademik di Malaysia, dan kelihatan seperti dituju khas kepada semua yang tidak sehaluan dengan beliau. Ia merupakan langkah yang tidak baik bukan sahaja untuk golongan akademik dan mahasiswa, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyokong dan berdiri bersama Dr Aziz Bari. Kami salut keberanian beliau untuk melontarkan pandangan yang mungkin tidak disenangi pemerintah, dan kami hormati pendirian beliau untuk bersuara bukan sahaja sebagai seorang ahli akademik yang mendidik anak muda masa depan negara tetapi juga sebagai seorang pakar perlembagaan yang mana buah fikiran beliau amat diperlukan demi memahami dan mempertahankan kedaulatan undang-undang.

Saya percaya ramai yang cukup hairan, tatkala DS Najib Razak mengagungkan pengiktirafan terhadap Malaysia yang diberi Presiden AS Barack Obama baru-baru ini, nama baik Malaysia tercemar dek siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan yang berterusan seakan tanpa penghujungnya.

Oleh itu saya menggesa pentadbiran Najib Razak untuk segera menghentikan “Langkah Akta Hasutan” ini, termasuk menghentikan kesemua pendakwaan yang sedang berjalan, demi masa depan demokrasi, masa depan pendidikan, dan nama baik negara.

Saya juga menggesa Peguam Negara TS Gani Patail untuk memaklumkan status terkini kajian semula terhadap kes-kes pendakwaan di bawah Akta Hasutan termasuk kes terhadap pensyarah undang-undang Azmi Shahrom yang beliau sebut pada 9 September yang lalu.

Fahmi Fadzil
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

30 September 2014

Kenyataan Media: Pemuda PAS perlu bicara usaha perkukuh tahaluf siyasi, bukan soal bila mahu keluar Pakatan

PEMUDA PAS PERLU BICARA USAHA PERKUKUH TAHALUF SIYASI, BUKAN SOAL BILA MAHU KELUAR PAKATAN

Saya rujuk kenyataan yang dibuat Naib Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khiruddin yang berkata, “Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.”

Setelah Pakatan Rakyat mengharungi krisis penggantian Menteri Besar Selangor yang baru selesai minggu ini, anggota parti komponen khususnya di kalangan Pemuda Pakatan seharusnya bermuhasabah serta istiqamah dalam mencari jalan mengukuhkan tahaluf siyasi dan persefahaman demi menghadapi musuh politik kita: UMNO-Barisan Nasional. Sebagai Naib Ketua Pemuda PAS, sahabat saya wajar mencadangkan usaha-usaha yang menjurus ke arah ini dan tidak meletakkan fokus kepada perkara yang tidak mendatangkan kebaikan seperti soal bila mahu keluar Pakatan Rakyat.

Oleh itu, saya menggesa pimpinan Pemuda Pakatan untuk mengatur lebih banyak program dan platform bersama demi memperkukuh persahabatan dan ukhuwah, serta mengelak salah faham yang mungkin diguna UMNO-Barisan Nasional untuk mengadu domba.

Kita perlu ingat, 52% pengundi Malaysia telah menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat bukan untuk menjadi pengganti kepada UMNO-Barisan Nasional dari segi pemegang tampuk pimpinan, tetapi sebagai pencetus budaya politik baru demi Malaysia yang lebih baik.

Fahmi Fadzil
Naib Ketua AMK

25 September 2014

Of Leadership, Compromises, and a better Malaysia

Khalid Samad, for many, epitomises the most interesting and paradoxical aspects of political Islam at this juncture in our contemporary milieu. Urbane yet confrontational, sophisticated yet at times brash, learned yet not arcane – people like him represent what I fathom to be among the torchbearers of hope for this nation: moderate, democratic, progressive, and engaged.

Is it sheer coincidence, then, that he hails from a family of seemingly complex contradictions? Immediately one recalls his brother, Shahrir Samad, the gentlemanly, sophisticated, yet uncompromisingly UMNO politician. Or perhaps this is not contradictory, but rather is a reflection of our Malaysian socio-political melange?

“Compromised values” would definitely not be words one would ascribe to why these two personalities are able to greet each other during Hari Raya! Instead, I believe that our cultural makeup – our DNA or “local genius” if you will – allows and encourages dissonances like these to co-exist. Khalid and Shahrir are therefore living examples of these accommodated dissonances.

By this, what I mean to say is: ours is an extremely accommodative (some say ‘sponge-like’) culture. How can it not be, when we have absorbed and accommodated influences, words, and symbols from so many peoples and lands? Melaka is, for many, the apex of this trait. Yet with Isma and Perkasa, it feels like that part of us is now eroded and lost. Is it?

Seventy years ago – in a Malaya before UMNO – we imagine that differences between and within communities or even families were better accommodated and not as militantly demarcated as they are sometimes made out to be today.

Million-ringgit question: If political parties did not trade (or prey) on these differences since Merdeka, would we have ended up where we are today, teetering on the precipice of ethnic discord? If parties did not strive to highlight and take advantage of what is “Malay”, or “Muslim”, or “Chinese”, or “Indian” – what kind of Malaysia do you reckon we would live in now?

Bank on it; if it were not for the ringgit and cents, most of these divisive politicians and parties would have no ideas to work with to mould the political discourse in society. Many of them – especially those in power at the Federal level – are not interested at all in the tenets of good governance, accountability, and reform; just look at how unsustainably bloated the Prime Minister’s Department is, and the number of Ministers and Deputy Ministers under him!

Islam as a way of life shows how we can be accommodative without compromising our values. For those who are leaders amongst us, it is timely as we leave the month of Ramadhan and enter Syawal that we take stock of what Abu Bakar as-Siddiq said upon becoming the first Caliph of Islam after the passing of Prophet Muhammad (pbuh): “I have been chosen by you to be your leader, although I am no better than any of you. If I do any wrong, set me right… Obey me as long as I obey God and His Messenger (pbuh). If I disobey God and His Messenger (pbuh), you are free to disobey me.”

Case in point: Politicians often serve in leadership positions. It is imperative for them to live exemplary lives as their acts and deeds not only speak of and reflect the Malaysia we are living in today – the cultural complexities, the psychological tableaus, the political ecosystems – but more critical than that, they are among the first to shape the better Malaysia that we all long for.

An edited version of this article was first published in The Star.

Kenyataan Media: Hentikan Sebar Maklumat Palsu, Budaya Politik Kuno

KENYATAAN MEDIA
23 Julai 2014

HENTIKAN SEBAR MAKLUMAT PALSU, BUDAYA POLITIK KUNO

Akhir-akhir ini, kita sering disajikan maklumat palsu yang disebar melalui media sosial dan aplikasi seperti Whatsapp. Ini termasuklah berita palsu yang kononnya diterbit agensi Bernama yang mengatakan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dan yang terkini beberapa tweet yang kononnya dikeluarkan oleh YB DS Anwar Ibrahim (berkaitan MH17), YB Azmin Ali (berkaitan isu Menteri Besar Selangor dan perletakan jawatan beliau), dan YB Rafizi Ramli (berkaitan MH17).

Kesemua berita dan tweet ini adalah palsu dan melanggar etika sebaran maklumat. Malah ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 469 Kanun Keseksaan yang, jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 3 tahun.

Saya menggesa semua pihak dalam politik Malaysia supaya menghentikan penggunaan taktik kotor sebegini. Ia cuma menampakkan ketandusan idea, moral dan etika, serta menampakkan kelangsungan politik kuno dan lapuk yang sepatutnya sudah lama ditamatkan.

Pada masa yang sama, pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) perlu lebih agresif dan proaktif dalam memastikan isu pemalsuan maklumat sebegini dibanteras, terutama yang melibatkan pimpinan politik.

Saya difahamkan kes tweet palsu yang dikait dengan YB N Surendran yang dilapor kepada PDRM 5 Jun 2014 lalu telah diserah kepada pihak SKMM. Namun cukup mendukacitakan kerana hingga ke hari ini SKMM masih belum menghubungi YB Surendran. SKMM perlu lebih bertanggungjawab dalam hal ini, dan tidak mendiskriminasikan kes yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya juga minta pihak PDRM & SKMM untuk memberikan maklumbalas terkini mengenai insiden penggodaman telefon pimpinan Pakatan Rakyat yang sering berlaku, akhir sekali sewaktu kempen PRK DUN Kajang bulan Mac lalu.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

20140723-113044-41444855.jpg

20140723-113044-41444951.jpg

20140723-113045-41445028.jpg